Senarai orang yang membuka Sukan Olimpik

Presiden Xi Jinping ialah individu terbaru yang telah membuka sebuah Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing pada 2022
Maharaja Naruhito ialah individu terbaru yang telah membuka sebuah Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo in 2020 (diadakan 2021)
Presiden Simonetta Sommaruga ialah individu terbaru yang telah membuka sebuah Sukan Olimpik Remaja di Lausanne pada 2020

Sukan Olimpik merupakan sebuah acara pelbagai sukan antarabangsa bagi sukan musim panas dan musim sejuk yang diadakan pada setiap dua tahun secara berganti-ganti antara edisi Musim Panas dan Musim Sejuk. Semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik, presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan berucap sebelum menundang seorang wakil dari negara tuan rumah untuk mengisytiharkan secara rasminya bahawa edisi Sukan Olimpik tersebut dibuka. Piagam Olimpik yang terkini mewajibkan wakil ini merupakan ketua negara tuan rumah,[1] walaupun ini tidak selalu berlaku. Rencana ini menyenaraikan individu yang pernah membuka setiap Sukan Olimpik.


  1. ^ Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (17 Julai 2020). Piagam Olimpik (PDF). m/s. 95. Dicapai pada 15 Ogos 2021.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy